Gambar ‘Mesra’ Atas Katil, Zain Saidin Enggan Komen

Pelakon Zain Saidin mengakui dia sememangnya tidak terkejut dengan pelbagai komen kurang enak daripada peminat berhubung gambarnya di atas katil bersama isteri, Rozita Che Wan yang dikongsikan isterinya di Instagram, baru-baru ini.

Memetik laporan dari portal Gua, Zain menjelaskan, “segalanya tentang Che Ta sering kali mengundang kontroversi. Gambar ketika kami bercuti di Paris dan Krabi juga menjadi buah mulut orang, jadi saya tidak terkejut apabila ramai pihak yang memperkatakan mengenai gambar kami di Bali ini”.

Zain enggan mengambil pusing mengenai cakap-cakap kerana tujuan mereka berkongsi gambar mesra begitu adalah kerana teruja untuk berkongsi kegembiraan mereka dengan peminat di luar sana.

Sabar je la Zain, dah awak tu public figure, setiap tingkah laku pastinya menjadi perhatian mata-mata di luar sana. Cumanya selepas ini diharap berhati-hati dalam berkongsi gambar yang boleh mengundang kontroversi di mata peminat anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.