Al-Sisi Mahu ‘Hapuskan’ Ikhwanul Muslimin

Kaherah (Mesir) – Bekas Ketua Tentera Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, kelmarin dengan angkuh menyatakan bahawa beliau akan ‘menghapuskan’ Ikhwanul Muslimin jika dilantik sebagai presiden baharu negara itu.

Al-Sisi membuat kenyataan tersebut ketika diwawancara sebuah stesen televisyen sempena kempen pilihan raya yang sedang rancak berlangsung.

Beliau turut membuat tuduhan melulu dengan mendakwa gerakan itu sebagai dalang kempen pengeboman dan keganasan di Mesir.

Menurutnya, gerakan itu kononnya menggunakan pelbagai nama kumpulan bersenjata untuk mengaburi mata pihak berkuasa ketika melancarkan serangan.

Al-Sisi turut mendedahkan beliau nyaris menjadi sasaran cubaan bunuh, namun bekas pemimpin tentera itu enggan memberikan butiran lanjut mengenainya, laporan dipetik dari Al-Jazeera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.