12 Cabang PKR Diarah Pengundian Semula

Shah Alam – Jawatankuasa Pemilihan pusat (JPP) PKR mengarahkan 12 Cabang dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu untuk mengadakan pengundian semula pada Sabtu ini (17 Mei) selepas ditangguh akibat kekecohan dan beberapa keputusan pemilihan di batalkan, Ahad lalu.

Pengerusinya, Datuk Johari Abdul berkata Cabang yang terlibat adalah :-

1. Setiu
2. Kuala Nerus
3. Kemaman
4. Dungun – Cabang
5. Paya Besar
6. Nibong Tebal
7. Jerantut
8. Batang Sadong
9. Kapit – MPP sahaja
10. Pengerang – MPP sahaja
11. Tenggara – MPP sahaja
12. Tenom – MPP & Cabang

Sementara Cabang Keningau pula pengundian semula Cabang dan juga MPP akan di adakan di dua lokasi pada 17 dan 18 Mei depan.

Pengundian semula di empat lagi Cabang membabitkan Bukit Katil (pengundian semula jawatan AMK dan Cabang), Tawau (pengundian semula MPP dan Cabang), Papar (pengundian semula AMK) dan Sungai Petani (pengudian semula AMK) akan di umumkan kemudian.

“JPP akan mengeluarkan notis pemilihan parti bagi kesemua Cabang-Cabang yang dinyatakan di atas dalam masa terdekat,” ujar Johari menerusi kenyataan medianya, hari ini.

Proses pemilihan PKR 2014 di seluruh negara kecoh dengan beberapa Cabang diisytihar sebagai tidak sah dan perlu diadakan pengundian semula antaranya di Pulau Pinang, melibatkan Cabang Nibong Tebal selepas timbul dakwaan wujud pengundi hantu dalam pertandingan tiga penjuru merebut jawatan pengerusi negeri.

Insiden di Pulau Pinang tidak hanya terhenti di situ kerana di Cabang Balik Pulau, proses pengundian bertukar panas apabila perbuatan kempen dan ‘mencuri pengundi’ di bilik mengundi menimbul rasa tidak puas hati para penyokong sehingga menyebabkan berlaku pertengkaran yang hampir menjadi insiden tumbuk-menumbuk.

Di Sabah, tiada persediaan rapi menyebabkan sesi mesyuarat dan pemilihan PKR Cabang Tenom yang berlangsung di sebuah hotel bertukar kecoh dan tidak terkawal menyebabkan Pengarah Jawatankuasa Pemilihan PKR cabang berkenaan, Nazri Udoi memutuskan mesyuarat serta pemilihan dibatalkan.

Hal sama berlaku di Perak apabila Ahli Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B), Muhammad Imran Abdul Hamid tidak berpuas hati dengan perjalanan pengundian bagi jawatan Ketua Cabang Lumut manakala di Kedah, calon Ketua AMK Cabang Sungai Petani, S. Arvind Kumar mendesak pengundian semula.

One thought on “12 Cabang PKR Diarah Pengundian Semula

  • May 7, 2014 at 9:42 pm
    Permalink

    tu dia haigh…awat jadi macam ni…kena haibut @ hantu kacau ka?…tak sangka perangai hampa macam ni…tunjuk taulan tak elok kat ohang…malu tau…takut nanti mai undi besar nanti hampa kalah sebab perangai suka dok begaduh…kalau bolih pebetui balik apa yang tak kena…jangan sampai ohang naik meluat habih.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.