Kerajaan PH Tarik Balik Ratifikasi Statut Rom Kerana Bimbang Digulingkan – Menteri

KUALA LUMPUR — Keputusan Kabinet menarik diri dari meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) merupakan langkah politik bagi mengelak risiko kerajaan cuba digulingkan oleh tangan ghaib, kata menteri luar.

Datuk Saifuddin Abdullah berkata sejarah mengguling kerajaan kebiasaannya terjadi dalam demokrasi terbuka dan kebangkitan rakyat semasa pilihan raya yang digerakkan oleh “daulah terpendam”.

“[Ada] kemungkinan isu tersebut dimanipulasi untuk mendesak rakyat turun ke jalanan, direncanakan oleh ‘deep state’ dan organisasi tertentu,” katanya kepada Malay Mail dan beberapa media dalam wawancara semalam.

“Daulah terpendam” atau dikenali “pemerintahan bayangan” merujuk satu pembentukan kerajaan rahsia atau jaringan yang beroperasi secara bebas dan memiliki agenda sendiri di luar kerangka politik nasional.

Berbeza mengikut negara, ia boleh melibatkan tentera, polis rahsia, agensi perisikan atau penjawat awam, namun Saifuddin enggan mengulas lanjut tentang dakwaannya.

“Terserah pada rakyat untuk menentukan. Saya guna istilah ‘apparatus’… mereka tidak dipilih secara demokratik,” kata setiausaha Pakatan Harapan. – MalayMail

Lain-Lain Berita;-

Lim Kit Siang Kecewa Kerajaan PH Dipaksa Tarik Balik Ratifikasi Statut Rom & ICERD

Statut Rom, ICERD Bercanggah Dengan Perlembagaan Negara – Sultan Johor

Dr Mahathir Umum Tarik Balik Ratifikasi Statut Rom Selepas Dikritik Pelbagai Pihak

Kebanyakan Menteri Mahu Ratifikasi Statut Rom, Dakwa Tak Bercanggah Perlembagaan

TH Rugi RM10 Bilion Tahun 2018, PH Rancang Tuduh Kerugian Itu Dari Tahun 2017 – Najib

4 thoughts on “Kerajaan PH Tarik Balik Ratifikasi Statut Rom Kerana Bimbang Digulingkan – Menteri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.