Isu Statut Rom Dimanipulasi, Dr Mahathir Makin Kuat Bila Ditekan – Mukhriz

ALOR SETAR – Isu Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang dimanipulasi pihak tertentu tidak akan melemahkan kerajaan PH, sebaliknya menjadikan gabungan itu semakin kukuh.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, isu itu juga tidak sesekali melemahkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa antara cubaan menjatuhkan beliau.

Mukhriz sebaliknya menegaskan, ‘lagi ditekan, lagi Tun M bertambah kuat’.

Menurut Mukhriz, walaupun negara menarik diri dalam perjanjian Statut Rom itu, keputusan itu menyatu-padukan pimpinan PH yang terus menyokong kepimpinan Dr Mahathir selaku Perdana Menteri.

“Kalau kita tahu siapa Dr Mahathir, beliau sebenarnya dalam keadaan tercabar macam itu, akan jadi lagi hebat, lagi kuat. Beliau pantang dicabar, akan jadi lagi garang,” katanya pada sidang akhbar, selepas merasmikan bengkel penambahbaikan prosedur pemajuan dan bayaran-bayaran pemajuan negeri Kedah hari ini.

Mukhriz berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik bahawa isu Statut Rom dijadikan senjata pihak tertentu untuk menjatuhkan Dr Mahathir yang menganggap pihak yang memanipulasi isu berkenaan sebagai pengecut.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut senada, dan menyifatkan mereka yang menggelar Dr Mahathir sebagai pengkhianat kerana menandatangani Statut Rom mahu menggulingkan beliau dengan cara tidak demokratik selain pengecut.

Dalam pada itu, Mukhriz berharap, suatu hari nanti semua pihak akan menyedari keadaan sebenar dan negara dapat menandatangani Statut Rom berkenaan, kerana ia suatu perkara yang baik.

“Mungkin kita dapat perjelaskan secara keseluruhan apa sebenarnya Statut Rom itu kepada rakyat, beri masa untuk kita perjelaskan. Ia bukan sesuatu yang perlu kita takuti atau jejaskan kedaulatan negara mahupun kedudukan Raja-Raja Melayu,” katanya. – Sinar

Lain-Lain Berita;-

Lim Kit Siang Kecewa Kerajaan PH Dipaksa Tarik Balik Ratifikasi Statut Rom & ICERD

Kerajaan PH Tarik Balik Ratifikasi Statut Rom Kerana Bimbang Digulingkan – Menteri

Statut Rom, ICERD Bercanggah Dengan Perlembagaan Negara – Sultan Johor

Dr Mahathir Umum Tarik Balik Ratifikasi Statut Rom Selepas Dikritik Pelbagai Pihak

Kebanyakan Menteri Mahu Ratifikasi Statut Rom, Dakwa Tak Bercanggah Perlembagaan

TH Rugi RM10 Bilion Tahun 2018, PH Rancang Tuduh Kerugian Itu Dari Tahun 2017 – Najib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.