Tarian Separuh Bogel Di Majlis Persandingan Itu Sekadar Hiburan – Ahya Rosli

PELAKON dan model Ahya Rosli menjelaskan dia tidak kisah dengan kritikan netizen mengenai majlis persandingannya yang menjemput penari separuh bogel.

Ahya, 32, berkata persembahan itu hanya hiburan untuk tetamu yang hadir dan dia berhak melakukan apa sahaja memandangkan ia adalah majlis perkahwinannya.

“Saya tak kisah pun apa orang nak kata mengenai majlis persandingan saya. Persembahan itu pun sekadar hiburan sahaja untuk tetamu yang hadir.

“Lagipun suka hati saya la nak panggil siapa buat persembahan. Itu kan majlis perkahwinan saya dan saya yang keluar duit bukan netizen.

“Bagi saya, mereka yang komen dan kritik tu tak ada kerja, nak ganggu kehidupan orang lain,” kata Ahya kepada mStar Online pada Ahad.

Ahya diminta mengulas mengenai video persembahan seorang lelaki menyerupai wanita separuh bogel menari semasa majls resepsinya berlangsung.

Video yang dimuat naik kakak kepada Ahya iaitu Liana Rosli atau popular dengan panggilan Kak KM di Instastorynya menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial.

Rata-ratanya mempersoalkan tindakan Ahya menjemput penari tersebut yang tidak sesuai untuk majlis perkahwinan.

Dalam pada itu, Ahya memberitahu kebanyakkan netizen yang komen dan kritikan itu menggunakan akaun palsu dan berkemungkinan mereka antara orang terdekatnya.

“Sebenarnya benda ni agak kelakar juga sebab kalau ikutkan tak ada apa isu pun. Tapi netizen yang nak perbesarkan.

“Kebanyakkan mereka komen tu menggunakan akaun palsu. Mungkinn sebenarnya orang terdekat kita yang dengki, guna akaun palsu untuk komen macma tu,” ujarnya.

Anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri ini berkahwin dengan wanita pilihannya Shahirah Sanusi pada 29 Mac lalu di Bukit Kiara Equestrian. – mstar

Lain-Lain Berita menarik;-

Lim Kit Siang Kecewa Kerajaan PH Dipaksa Tarik Balik Ratifikasi Statut Rom & ICERD

Kerajaan PH Tarik Balik Ratifikasi Statut Rom Kerana Bimbang Digulingkan – Menteri

Statut Rom, ICERD Bercanggah Dengan Perlembagaan Negara – Sultan Johor

Dr Mahathir Umum Tarik Balik Ratifikasi Statut Rom Selepas Dikritik Pelbagai Pihak

Kebanyakan Menteri Mahu Ratifikasi Statut Rom, Dakwa Tak Bercanggah Perlembagaan

TH Rugi RM10 Bilion Tahun 2018, PH Rancang Tuduh Kerugian Itu Dari Tahun 2017 – Najib

4 thoughts on “Tarian Separuh Bogel Di Majlis Persandingan Itu Sekadar Hiburan – Ahya Rosli

  • April 8, 2019 at 10:02 am
    Permalink

    Nama jer melayu islam tp gaya hidup x melambangkan melayu islam langsung. Bengong…!!!!

    Reply
  • April 8, 2019 at 11:15 pm
    Permalink

    Apa agama kau ha? Tk ada akal ke? Otak taruk mana? Biul bangang?

    Reply
  • April 8, 2019 at 11:16 pm
    Permalink

    Majlis dlm hutan org2 tkde bodoh? Akal taruk mana ha?

    Reply
  • April 13, 2019 at 10:17 am
    Permalink

    Pelik aneh kau ni?? Senget sengkek dosa yg kau dapat?? Semoga dapat hidayah kau ni sebelum sesatlagi menyesatkan..apa nak jadi kau ni ha??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.