Tempahan Samsung Galaxy S8, S8 Plus Bermula 11 April

KUALA LUMPUR – Samsung Malaysia Electronics mengumumkan promosi pratempahan selama tiga hari bagi telefon pintar terbaharu, Galaxy S8 dan S8+ bermula 11 April ini.

Menurut Samsung, seawal jam 10 pagi, laman web pratempahan akan disiarkan secara langsung dan pengguna berpeluang untuk menjadi yang pertama memiliki telefon pintar tersebut.

Pelanggan pratempahan akan menerima Kit Permulaan Edisi Terhad terdiri daripada clear cover, pelindung skrin, pemegang pengecas tanpa wayar dan kabel USB jenis C.

Sebagai tambahan, Samsung juga akan memberikan pek bateri bersaiz 5,100 mAh yang menjanjikan pengalaman lebih mudah dan selesa hanya kepada pelanggan pratempahan.

Selain itu, semua pratempahan Galaxy S8 dan S8+ juga akan menerima manfaat tambahan iaitu Samsung Protection Plus bagi melindungi telefon daripada kerosakan atau kemalangan tidak dijangka.

“Semua promosi itu digabungkan dalam pakej bernilai lebih RM900 diberikan percuma kepada pelanggan pratempahan Galaxy S8 dan S8+ pada harga runcit masing-masing RM3,299 dan RM3,699,” jelasnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Untuk maklumat lanjut tentang proses pratempahan, orang ramai boleh melayari laman web www.samsung.com/my/s8preorder/. Promosi itu sah sementara stok masih ada berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Orang ramai juga boleh menyemak promosi pratempahan daripada rakan syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan Yes; rakan e-dagang, Lazada dan 11street atau rakan peruncit Courts Mammoth, Harvey Norman dan Senheng. – Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!