Penggambaran Sekuel Kabali Dalam Perancangan

KUALA LUMPUR – Demam filem ‘Kabali’ lakonan lagenda filem Tamil, Rajinikanth, melanda negara ini pada Julai tahun lalu selepas kejayaan pembikinan filem itu di beberapa lokasi di Malaysia.

Kabali, filem mob gengster arahan P. Ranjith itu, yang turut dibintangi oleh aktor popular Taiwan, Winston Chao, ditayangkan di pawangan seluruh dunia dengan mencatatkan kutipan lebih RM388 juta.

Filem Kabali menggamit perhatian rakyat Malaysia apabila ia menampilkan pelakon tempatan terkenal seperti Datuk Rosyam Nor, Norman Hakim, Zack Taipan dan Tony Kassim.

Selepas fenomena itu, kini ada ura-ura bahawa sekuel filem Kabali akan kembali semula di layar perak tidak lama lagi.

Penerbit bersama filem itu, Datuk Abdul Malik Dashtigeer memberitahu Bernama bahawa beliau bersedia bekerjasama untuk menjadikan realiti penggambaran sekuel filem Kabali itu dibuat di Malaysia seperti yang diidamkan ramai peminat Rajinikanth di sini.

Beliau berkata skrip sekuel filem itu kini dalam perbincangan dan berkemungkinan pengambaran filem itu akan dimulakan tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatan rasmi ke India baru-baru ini telah bertemu Rajnikanth di Chennai pada 31 Mac lepas dan telah mempelawa bintang filem Tamil itu untuk membuat penggambaran sekuel filem Kabali di Malaysia.

Kabali, yang merupakan filem berbahasa Tamil, memaparkan kisah kehidupan sebenar kumpulan penjenayah (Don) di Malaysia dan versi bahasa Malaysia filem itu turut ditayangkan di Malaysia pada tahun lepas.

Filem ke-159 lakonan ‘Superstar’ itu menjalani penggambaran di Kuala Lumpur, Melaka dan Pulau Carey, Banting serta Bangkok dan Hong Kong.

Mengulas langkah kerajaan membuka pintu kepada industri perfileman India menjadikan Malaysia antara lokasi pembikinan filem dan siri drama televisyen,

Datuk Abdul Malik berkata ia akan menggalakkan banyak penerbit dari negara itu untuk membuat penggambaran di negara ini.-BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.