Iklan Pepsi Kendall Jenner Cetus Kontroversi

NEW YORK – Syarikat minuman bergas antarabangsa, PepsiCo menarik semula iklan kontroversi yang memapar bintang realiti TV, Kendall Jenner memberi air tin Pespi kepada polis dalam satu batahan, selepas mendapat kecaman dari pelbagai pihak.

Iklan itu mencetuskan kemarahan kerana ia mengangkat isu berkaitan sosial dan politik masa kini.

PepsiCo dalam kenyataan berkata, iklan berkenaan bertujuan menonjolkan mesej global perpadauan, keamanan serta persefahaman dan tidak berniat menghina mana-mana pihak.

Syarikat tersebut turut memohon maaf serta mengakui kesilapan yang disifatkan terlepas pandang.

“Kami juga memohon maaf kerana meletakkan Kendall Jenner dalam kedudukan ini,” katanya lagi dalam kenyataan tersebut.

Paparan iklan yang menunjukkan Jenner menghampiri polis jelas dirujuk kepada remaja perempuan berkulit hitam, Ieshia Evans, yang berdiri menghampiri polis rusuhan berperisai semasa protes Black Lives Matter tahun lalu.-REUTERS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.