AS Serang Syria

WASHINGTON – Amerika Syarikat mula bertindak balas, dengan melancarkan 59 peluru berpandu ke atas lapangan terbang Shayrat di Syria.

Lapangan terbang itu dipercayai digunakan pesawat yang melancarkan serangan senjata kimia di negara itu.

Peluru berkenaan dilancarkan dari kapal USS Porter dan USS Ross yang kini berada di Perairan Mediterranean.

Serangan menggunakan gas sarin yang didakwa dilakukan tentera kerajaan Syria dan sekutunya di wilayah Idlib , Rabu lepas meragut 86 nyawa sementara 27 daripadanya kanak-kanak.

Sementara itu, tentera AS hasil tinjauan awal mendapati serangan udara itu berjaya memusnahkan pesawat udara dan infrastruktur sokongan serta peralatan pengkalan udara Shayrat.-AFP/REUTERS/RTM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.