Wartawan Kanan Nafi ‘Letak Tangan Belakang’ Prosedur Polis

KUALA LUMPUR – Wartawan Kanan Meja Jenayah, Zulhazri Abu Bakar menafikan tindakan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli meletakkan tangan dibelakang ketika ditahan polis sebagai satu prosedur yang dilakukan oleh pihak polis.

 

Dakwanya, tiada sebarang SOP yang mendesak pesalah untuk meletakkan tangan dibelakang walaupun atas alasan untuk membataskan pergerakan tangan.

 

“Dah bertahun buat liputan di mahkamah, sejak 1994 lagi, pertama kali dengar kononya ada SOP letak tangan di belakang OYDS (orang yang disyaki) apabila tidak digari.

 

“Ada yang kata kononnya untuk membataskan tangan, dia nak buat apa dengan tangan dia? lols, mana ada SOP macam itu,” katanya dalam satu status yang dimuatnaik di Facebook.

 

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan reaksi masyarakat yang tidak berterima kasih pada polis yang menggunakan  budi bicara ketika menahan Rafizi termasuk dipakaikan baju lokap.

 

Beliau turut kecewa terhadap sikap segelintir masyarakat yang dilihat seperti menghalalkan permainan wayang Rafizi.

 

Ujarnya lagi, SOP yang patut dipertikaikan umum adalah kenapa Rafizi tidak digari seperti tahanan reman yang lain.

 

“Apa istimewanya Rafizi tidak perlu mengenakan pakaian lokap. Patut gari jek Rafizi tu. Banyak sangat fitnah sampai orang kampung keluarkan simpanan nak pergi haji,” ulasnya.

 

Dalam pada itu pengendali laman Facebook Rafizi sebelum ini memaklumkan bahawa Ahli Parlimen Pandan itu telah digari dan dilayan seperti penjenayah, namun status tersebut di ubah selepas isu lakonan seolah-olah tangannya digari menarik perhatian umum.Facebook Rafizi - Isu gari dan lakonan

 

Berikutan pendedahan video memaparkan aksi Rafizi meletakkan tangan di belakang tanpa sebarang gari tersebar, penyokong pembangkang terutama dari PKR yang sebelum ini mengecam tindakan polis menggari Rafizi menafikan pula wujudnya sebarang kenyataan yang mendakwa Ahli Parlimen Pandan itu telah digari.

 

Tinjauan di halaman Facebook Pakatan Harapan Supporter yang mendakwa Rafizi digari dan dilayan seperti penjenayah bagaimanapun masih kekal.

 

“Di layan seperti penjenayah dengan tangan di gari, BN Tumbang Rakyat Gembira!,” tertera status di laman tersebut.

 

“Buat apa digari dia (Rafizi) bukan penjenayah. Dia wakil rakyat yg rakyat pilih!!! Aduuhhh something wrong somewhere!!!,” kata Pakngah Hat Mokti di ruangan komen laman Facebook Pakatan Harapan Supporters.

 

Terdahulu, Rafizi ditahan reman selama tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan ke atas kesalahan membocorkan dokumen rahsia. – SuaraTV

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.