Video: Mahathir Lari, Enggan Jawab Soalan Kata Chegubard

KUALA LUMPUR – Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad lari meninggalkan majlis selepas enggan menjawab persoalan yang diutarakannya ketika program Dialog Anak Muda ‘Deklarasi Rakyat, Realiti Atau Fantasi’ di Clubhouse Persatuan Alumni UM, sebentar tadi.

 

Chegubard turut menyifatkan program yang dihadiri oleh bekas perdana menteri itu sebagai tiada pengisian.

 

 

“Program dialog anak muda dengan Mahathir sebentar tadi tak ada apa kerana akhirnya Mahathir tak menjawab soalan dan lari balik awal.

 

“Tinggalkan Ambiga dan Maria untuk menjawab soalan malah wartawan dan rakaman juga tidak dibenarkan, katanya sebentar tadi.

 

Menurut Chegubard, wartawan dan rakaman tidak dibenarkan, malah pengacara majlis juga mengingatkan awal pengguna media sosial agar tidak melaporkan program tersebut.

 

Menurutnya lagi, Mahathir turut menjelaskan gerakannya ketika ini hanya untuk menjatuhkan Najib dan bukannya membebaskan Rafizi yang sedang ditahan reman ketika ini.

 

“Bila di tanya berkenaan Tun tak buat apa ka Rafizi sedang dipenjara, Mahathir (hanya) jawab” saya berjuang bukan kerana Rafizi tetapi untuk tumbangkan Najib.

 

“Tumbangkan Najib dulu nanti Rafizi bebaslah tambahnya (kata Mahathir), patut Azmin lari rupanya ini pemikiran depa” ujarnya lagi.

 

Sementara itu, memetik laporan FMT, CheguBard dilaporkan berkata tiada sebab untuk menyokong Deklarasi Rakyat yang dianjurkan Tun Mahathir.

 

““Saya tidak nampak elemen dimana keperluan untuk kita menyokong Deklarasi Rakyat yang semata-mata untuk memenuhi nafsu politik Mahathir menjatuhkan Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) mengantikan dengan orang yang dia pilih.

 

“Tun (Mahathir) juga gagal menjelaskan proses transasi yang bakal dilakukan sekiranya berjaya menjatuhkan Najib bagi memastikan Malaysia ini bersih dan adil dibawah kepimpinan baharu,” kata CheguBard kepada pemberita sebaik selesai majlis dialog tersebut.

 

SAMM sebelum ini melahirkan kebimbangan mereka berikutan pembabitan pemimpin pembangkang dalam muafakat Deklarasi Rakyat yang memungkinkan pembangkang diperalatkan oleh bekas Perdana Menteri itu. – SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.