Video: Flashmob ‘Konsert Ella 2016’ Diiktiraf Malaysian Book Of Records

KUALA LUMPUR – Berjaya mengumpulkan seramai 115 pemuzik dan penyanyi pada satu sidang media merupakan antara kejayaan manis yang dilakar oleh Ella menjelang konsert solonya yang akan diadakan pada 16 April ini.

 

Lebih menarik apabila gimik flashmob tersebut diiktiraf Malaysian Book Of Records sebagai Pemuzik Paling Ramai Yang Membuat Persembahan Ketika Sidang Akhbar 16 Mac lalu.

 

Flashmob yang turut disertai 30 pemain dram, 20 pemain bass, 30 pemain gitar dan selebihnya penyanyi yang terdiri daripada pelajar Akademi Seni Budaya & Warisan (Aswara) itu bukan hanya disertai oleh Ella yang menyanyikan lagu Permata Pemotong Permata tetapi juga dimeriahkan dengan kemunculan Man Kidal.

 

 

Bagi Syaharizal Ismail yang juga merupakan Pengarah Urusan Atlas One dan selaku penganjur Konsert Ella 2016, yang dilakukan itu sebagai salah satu rangka promosi yang untuk menarik perhatian peminat dan mencatatkan sejarah baharu kepada Ella secara peribadi.

 

“Idea ini tercetus apabila melihat kejayaan kumpulan Foo Fighters menghimpunkan 1000 penyanyi dan pemuzik pada satu masa untuk menyanyikan lagu Learn To Fly di Itali tahun lalu.

 

“Jadi idea itu diambil dan diterjemah sebagai salah satu rangka promosi kepada konsert Ella.

 

“Alhamdulillah nampaknya yang dirancang berjalan dengan lancar dan kita tak sabar untuk memberikan yang terbaik semasa hari konsert nanti,” kata Syahrizal.

 

Tambah lelaki ini, pihaknya juga sudah merancang dengan rapi perlaksanaan flashmob ini sejak sebulan yang lalu.

 

Menyifatkan kerjasama antara pihaknya dan pelajar Fakulti Muzik, Aswara amat baik, mereka berbangga kerana dapat memahat satu kenangan yang mendapat pengiktirafan.

 

Selain itu, Konsert Ella 2016 ini juga mendapat kerjasama syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia yang menyokong penuh acara ini.

 

Selain bakal memberikan promosi kepada konsert berkenaan, pastinya setiap pembeli berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa yang diberikan melalui peraduan yang diadakan.

 

Pembeli hanya perlu menyertai peraduan yang disediakan dan berpeluang memenangi tiket ke Bali, Indonesia dan beberapa destinasi lain sebagai ganjaran istimewa.

 

Bagi mereka yang ingin menyaksikan Konsert Ella 2016, tiket-tiket dijual dengan harga RM78, RM108, RM158, RM228 dan RM288. Layari www.atlasoneevents.com untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.