Video: Azizah Kecewa Serah Memorandum Dianggap Himpunan Haram

KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya 40 ahli parlimen pembangkang membuat perarakan dari Parlimen ke Bukit Aman, bagi membantah penahanan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan demi kedaulatan parlimen.

 

Kumpulan yang diketuai Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang itu kemudiannya mendapat arahan dari Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, DSP Gurbinder Singh supaya menghentikan perarakan tersebut kerana kenakan tindakan sebagai perhimpunan haram yang menyalahi Akta Perhimpunan Aman 2012.

 

Bagaimanapun kumpulan itu tetap berarak dan kemudiannya menghantar memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

 

 

Menerusi memorandum itu, pihaknya mahu polis membebaskan Rafizi, kerana penahanannya di dalam kawasan parlimen tidak dilakukan berdasarkan undang-undang.

 

Sementara itu, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang ditemui di lobi parlimen sejurus selepas bersurai perarakan itu memberitahu pihaknya amat terkilan perarakan tersebut sebagai perhimpunan haram yang menyalahi Akta Perhimpunan Aman 2012.

 

“Saya terkejut dan kecewa dengan kejadian itu. Kami telah diberi amaran tak apalah kita tak buat jahat. Hanya mahu memberikan memorandum.

 

“Dalam bahasa kasarnya saya mengutuk sebab sebagai ahli parlimen tidak diperlakukan begitu. Dan dia hanya memberikan pendedahan tentang kepincangan yang berlaku. Sebab ini adalah untuk kepentingan rakyat. Saya hormat dia sebagai wakil rakyat yang berani memberi pendedahan demi untuk memperjuangkan nasib rakyat. Kalau inilah caranya ia memberikan tindakan kekerasan dan ia tidaklah mengekalkan kebaikan dan institusi parlimen. Dan institusi polis itu,”katanya.

 

Terdahulu, Khalid menerusi akaun Twitternya memberi amaran kepada ahli parlimen pembangkang supaya tidak menyertai perarakan itu atau berdepan tindakan jika mereka berhimpun di hadapan Bukit Aman.

 

Rafizi yang juga Naib Presiden dan Setiausaha Agung DAP, ditahan polis sebaik keluar dari kawasan Parlimen, Selasa lalu.

 

Beliau ditahan di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA), kerana menyampaikan rahsia rasmi kerajaan secara salah.

 

Beliau direman selama tiga hari bermula semalam, bagi membantu siasatan berhubung pendedahan dokumen rasmi kerajaan dan dakwaannya mengenai pembayaran gratuiti kepada veteran Lembaga Tabung Angkatan Tentera. – SuaraTV.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.