Video: 1MDB, PM Tak Terlibat Kata MP DAP

KUALA LUMPUR – Laporan Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dibentang di Parlimen hari ini jelas membuktikan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 

Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw ketika ditanya berkata Perdana Menteri tidak terlibat dalam skandal 1MDB seperti yang diegmbar-gemburkans ebelum ini.

 

 

“Kita harus melihat kepada keseluruhan isu. Kami (PAC) melihat beliau (Najib) bukan terlibat secara langsung dengan 1MDB. Namanya malah hanya timbul setelah beliau dinamakan sebagai ahli lembaga penasihat,” katanya.

 

“Saya fikir ahli lembaga 1MDB yang kena siasat. Ini yang betul. Dari segi perundangan, bagaimana anda boleh bertindak ke atas Perdana Menteri yang tiada apa-apa kaitan,” ujar anggota PAC itu ketika ditemui di lobi Parlimen pagi tadi.

 

Beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan dan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan turut menegaskan bahawa isu 1MDB sebenarnya lebih kepada aspek urus tadbir yang lemah sehingga timbul masalah.

 

Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, tuduhan yang dilemparkan oleh pihak-pihak tertentu terhadap Perdana Menteri selama ini berniat jahat dan bermotif politik.

 

Beliau ketika mengulas laporan PAC itu mengesahkan bahawa tiada sebarang penyelewengan dan kehilangan dana seperti yang didakwa sesetengah pihak sebelum ini.

 

Laporan setebal 106 muka surat tersebut yang diedarkan di Parlimen menyatakan, beliau perlu bertanggungjawab terhadap kelemahan dan kekangan dalam pengurusan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan Malaysia itu. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.