Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama Dilaksanakan – PM

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Perumahan Negara (MPN) bersetuju memulakan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) dilaksanakan hari ini.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata skim berkenaan akan membantu golongan berpendapatan sederhana (M40) yang berpendapatan isu rumah antara RM3,000 hingga RM10,000.

 

Beliau berkata, pemberian sumbangan 10 peratus daripada harga jualan atau maksimum RM30,000 (yang mana lebih rendah) kepada pembeli pertama untuk membantu mereka membeli rumah berharga RM80,000 hingga RM500,000.

 

“Pemohon boleh membuat permohonan atas talian untuk skim ini mulai hari ini menerusi laman web Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

 

“Yang kedua, penjualan rumah berharga sehingga RM300,000 kepada hanya pembeli rumah pertama seperti diumumkan dalam Pengubahsuaian Bajet 2016, akan mula dilaksanakan mulai bulan ini,” katanya selepas Mesyuarat MPN Siri 4, Bilangan 1 Tahun 2016 di Bangunan Parlimen, sebentar tadi.

 

Najib turut menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian antara PR1MA dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang membolehkan PR1MA membina 786 unit rumah atas sebidang tanah milik TNB di Kajang.

 

Daripada jumlah itu, 50 peratus diperuntukkan untuk kakitangan TNB manakala bakinya dibuka untuk rakyat berkelayakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.