Prestasi Kewangan 1MDB Kurang Memuaskan – PAC

KUALA LUMPUR – Hasil siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mendapati, struktur pembiayaan modal dan prestasi kewangan syarikat strategik itu ‘kurang memuaskan’ yang menjurus kepada kelemahan tadbir urus.

 

Dalam Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB, PAC berkata, 1MDB bergantung kepada hutang dalam bentuk pinjaman bank, bon dan sukuk, sebagai modal syarikat, dengan sebahagian hutang tersebut mendapat jaminan kerajaan atau surat sokongan kerajaan.

 

“Tahap hutang dan pembayaran faedah terlalu tinggi berbanding aliran tunai syarikat.

 

“Oleh itu, 1MDB bergantung kepada pembiayaan semula sebagai pembayaran balik hutang matang dan mengambil hutang baru, antara lain untuk pembayaran faedah hutang sebelumnya,” menurut laporan itu.

 

Laporan itu menjelaskan, model perniagaan 1MDB yang terlalu bergantung kepada pinjaman mengakibatkan syarikat berkenaan tidak mempunyai pendapatan mencukupi untuk membiayai pinjaman dan kos operasinya. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.