Penumpang AirAsia Disahkan Sakit Selepas Makan ‘ Nasi Lemak Cicak’

KUCHING – Ekoran muat naik status Presiden Pertubuhan Minda Prihatin dan sosial, Ramesh Rao, satu laporan polis telah dibuat berkenaan isu ‘Nasi Lemak Cicak’ yang dijumpai ketika penerbangan ke Kuching.

 

Menurut laporan polis tersebut, individu yang bernama Abbas Waseem yang berketurunan Pakistan telah menjumpai cicak tersebut dan telah membuat aduan kepada Pramugara syarikat penerbangan tersebut dan beliau telah meminta bekas makanan itu digantikan dengan makanan yang baharu.

 

Namun, individu tersebut berkeras enggan memberikan bekas makanan tersebut dan setelah kapal terbang tersebut mendarat, beliau dengan segera membuat laporan polis berkenaan isu tersebut.

 

Dalam pada itu, individu tersebut telah didakwa mengalami keracunan makanan setelah menikmati hidangan tersebut dan telah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Lubok Batu.

 

Terdahulu, status yang dimuat naik oleh Ramesh Rao itu telah menarik perhatian netizen dan rata-rata daripada mereka mengecam pengurusan Air Asia.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.