Najib Ucap Selamat Tahun Baharu Kepada Masyarakat Telugu

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada masyarakat Telugu sempena ‘Ugadi’ atau Tahun Baharu Telugu, yang disambut esok.

 

Najib berkata, Malaysia berbangga mempunyai sebilangan besar masyarakat Telugu yang telah bekerja keras untuk membangunkan ekonomi negara.

 

“Esok bermulanya Tahun Baharu bagi masyarakat Telugu di seluruh dunia. Terima kasih atas sokongan dan sumbangan yang berterusan.

 

Saya mengucapkan ‘Ugadi ubhakanshalu’ kepada kamu dan keluarga kamu,” kata Najib menerusi cacatan terbaharunya dalam laman Facebook.

 

Terdapat kira-kira 300,000 masyarakat Telugu di Malaysia yang berasal dari negeri Andhra Pradesh, India. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.