Laporan PAC Isu 1MDB Buktikan Najib Tidak Bersalah

PETALING JAYA – Laporan Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dibentang di Parlimen hari ini jelas membuktikan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 

Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, tuduhan yang dilemparkan oleh pihak-pihak tertentu terhadap Perdana Menteri selama ini berniat jahat dan bermotif politik.

 

“Laporan PAC pada hari ini membuktikan bahawa tiada salah laku jenayah berlaku dalam syarikat pelaburan milik Kementerian Kewangan itu seperti yang didakwa pembangkang.

 

“Dalam masa yang sama PAC mengesahkan bahawa Perdana Menteri bukan sahaja tidak melakukan sebarang kesalahan, malah, tidak menyumbangkan kepada kesalahan jenayah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

 

Beliau berkata demikian mengulas laporan PAC yang mengesahkan bahawa tiada sebarang penyelewengan dan kehilangan dana seperti yang didakwa sesetengah pihak sebelum ini.

 

Menjelaskan perkara itu, anggota PAC, Tony Pua (Petaling Jaya Utara-DAP) berkata laporan PAC tidak merujuk kepada Najib kerana pihak pengurusan 1MDB tidak menamakan beliau apabila dipanggil jawatankuasa itu.

 

Menurut Tony, satu-satunya perkara yang mengaitkan Najib dalam kontroversi itu ialah resolusi pemegang saham yang beliau tandatangani. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.