KPN Sahkan Rafizi Tidak Digari

SHAH ALAM – Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli tidak pernah digari berikutan penangkapannya di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) pada Selasa lalu, kata Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar.

 

“Polis mengesahkan Rafizi tidak pernah digari sepanjang masa di bawah awasan kami kali ini. Hentikan segala tuduhan,” katanya dalam satu posting Twitter.

 

Sebelum itu, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang mengulas perkara berkenaan di Twitter selepas muncul gambar Rafizi dengan tangan di belakangnya.

 

Merujuk kepada Khalid, beliau meminta ketua polis itu untuk mengesahkan sama ada benar pemimpin PKR berkenaan digaris tangannya.

 

Satu lagi imej dikongsi di media sosial menuduh Rafizi dengan sengaja menimbulkan keadaan beliau digari tangan.

 

Imej terdiri empat keping gambar menunjukkan Ahli Parlimen Pandan itu diiring oleh polis dengan tangannya di belakang.

 

Sekeping gambar itu dari jarak dekat di belakang, menunjukkan ketiadaan gari di tangannya.

 

Selasa lalu, Rafizi ditahan di pintu pagar Parlimen di atas dakwaan mendedahkan dokumen rahsia bulan lalu yang didakwanya menunjukkan kaitan di antara 1MDB dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

 

Beliau direman tiga hari bagi membolehkan siasatan dijalankan dan menghadapi hukuman penjara maksimum tujuh tahun di atas kesalahan itu. – AntaraPos

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.