Jangan Hukum Najib Sebelum Siasatan Tamat, Kata Hadi Awang Kepada Syed Sadiq

KUALA LUMPUR – Pendebat terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dibidas kerana menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib bersalah melakukan rasuah walaupun siasatan diatas dakwaan tersebut masih belum tamat.

 

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS menolak segala bentuk penyelewangan dan Islam tidak mengajar untuk menghukum seseorang tanpa bukti kukuh.

 

“Kita bukan sahaja khusus dalam 1MDB, semua penyelewengan kita tolak. Tapi perlu disiasat terlebih dahulu, kita tidak menghukum sesiapa sebelum disiasat dengan cara yang betul.

 

“Mengikut kaedah perundangan Islam yang kita perjuangkan, seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan kesalahan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kritikan pendebat terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap PAS.

 

Syed Saddiq sebelum ini menzahirkan kekecewaan terhadap Hadi kerana presiden parti itu mengambil pendirian untuk tidak bermusuh dengan UMNO.

 

Hadi turut berkata bahawa media pada hari ini didakwa kerap menjadi hakim mengenai sesuatu perkara.

 

“Apa yang berlaku hari ini, seringkali media seolah olah menjadi hakim, media bukan badan kehakiman. Media boleh lakukan begitu, tetapi jangan membuat keputusan sebelum sesuatu itu.

 

“Ini melibatkan semua, bukan sahaja kerajaan, ini termasuk untuk pembangkang. Sama ada Lim Guan Eng atau Anwar Ibrahim yang sudah dihukum termasuklah perdana menteri.

 

“Saya sendiri pun masih perlu dibuktikan terlebih dahulu. Penglibatan ini perlu dipelihara dengan baik,” tambah Ahli Parlimen Marang itu lagi. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.