Gangguan Bekalan Air Di KL Dan Gombak

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Gombak mengalami gangguan bekalan air sejak petang semalam akibat kerja pembaikan kecemasan ke atas sistem elektrik di Rumah Pam Air Estet Kepong.

 

Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), gangguan dijangka berlaku sehingga Isnin (April 11).

 

“Segala usaha untuk menyiapkan kerja pembaikan ini sedang dilakukan untuk membolehkan pemulihan bekalan air di kawasan terlibat dengan kadar segera,” kata SYABAS dalam satu kenyataan semalam.

 

Kawasan di Kuala Lumpur yang terlibat adalah Jalan U-Thant, Jalan Ampang Hilir, Taman Pandan Jaya, Taman Cempaka, Taman Bakti, Taman Nirwana, Kampung Pandan Dalam, Taman Cahaya, Pandan Cahaya, Taman Dagang, Taman Shamelin Perkasa.

 

Taman Tenaga, Taman Miharja, Taman Kobena, Desa Pandan, Flat Sri Melaka, Taman Putra Sulaiman, Taman Pandan Utama, Bandar Sri Permaisuri, Jalan Yaakob Latif dan Perumahan Sommerset Close.

 

Kawasan di Gombak yang terlibat pula adalah Kampung Ampang Campuran, Kampung Ampang Indah, Kampung Muhibah, Kampung Tasek Permai, Apartmen Mesra Villa, Kampung Tasek Tambahan, Taman Bukit Ampang Permai, Taman Dagang Jaya/Taman Halaman Indah, Taman Faizura Ampang.

 

Taman Permai Jaya Ampang, Taman Sri Bayu, Taman Sri Raya Ampang, Kampung Indah Permai Ampang, Lembah Jaya Utara, Lembah Jaya Selatan, Kampung Lembah Jaya, Kampung Pinggir 3 Lembah Jaya, Taman Sri Baru dan Apartmen Desa Lembah Permai.

 

SYABAS turut memaklumkan bagi mengurangkan kesulitan pengguna, bekalan air telah dihantar menggunakan lori tangki ke kawasan terlibat.

 

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh memuat turun aplikasi mySYABAS atau melayari www.syabas.com.my dan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS 39222 untuk bantuan bekalan air. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.