PPPM (PT) Penentu Masa Depan Negara – Najib

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) yang dilancarkan hari ini merupakan hala tuju baharu yang bakal menentukan masa depan negara.

 

Menurut Perdana Menteri, pelan berkenaan atau PPPM (PT) yang menggariskan 10 lonjakan itu diyakini dapat melahirkan graduan-graduan berilmu, berakhlak dan mampu memberi sumbangan kepada negara.

 

Jelasnya, beliau dapat merumuskan objektif pelan itu adalah untuk membangunkan bakat berdaya saing, meletakkan penanda aras global serta berteraskan nilai kualiti yang tinggi dan menyeluruh.

 

“Saya tahu bukan mudah untuk menghasilkan pelan ini tetapi saya yakin pelan ini boleh menentukan masa depan yang lebih cemerlang untuk Malaysia, “ katanya ketika berucap pada majlis pelancaran PPM (PT) di sini hari ini.

 

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.