Pemandu Teksi Cuba Bunuh Diri, Minum Racun Perosak

Lebih 30 pemandu teksi cuba bunuh diri selepas meminum racun perosak sebagai tunjuk perasaan terhadap syarikat teksi yang memperbaharui pajakan teksi mereka.

 

Polis berkata di Weibo, kumpulan itu ditemui polis dalam keadaan tidak sedarkan diri di depan pusat beli-belah di Wangfujing dengan beberapa botol racun perosak turut ditemui di sebelah mereka pada jam 11 pagi.

 

Saksi memuat naik gambar dan video di media sosial yang memaparkan keadaan pemandu teksi yang terbaring tidak sedarkan diri dan dikerumuni orang ramai. Mereka semua pemandu teksi yang bekerja sendiri dan berasal dari Suifenhe di wilayah Heilongjiang.

 

Mereka dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas dibawa ke Hospital Kolej Perubatan Kesatuan Beijing dan Hospital Tongren.

 

Seorang penunjuk perasaan memberitahu media tempatan mereka datang ke Beijing untuk membuat petisyen menentang pembaharuan 2011 yang memberi kesan terhadap pembaharuan pajakan teksi. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.