Budak Lelaki Menderita Lintah Dalam Kerongkong

Ibu bapa kepada seorang budak lelaki tidak menyangka penderitaan sakit tekak dan pening yang dialami anak mereka berpunca dari seekor lintah yang berada dalam kerongkong.

 

Menurut ibu bapa mangsa, pada awalnya mereka hanya memberi ubat kerana menyangkakan anak mereka sekadar mengalami selsema dan pening yang biasa sahaja.

 

“Saya dan bapanya memberikan ubat dan menyuruhnya tidur namun keadaannya semakin teruk,” jelas ibu mangsa, Xiang Tung.

 

Xiabo Chien,11, dihantar ke hospital selepas keadaan semakin teruk dan melalui pemeriksaan x-ray yang dilakukan doktor menemui seekor lintah yang menjadi punca kesakitan yang dialami.

 

Lintah yang bersaiz 7cm itu dipercayai berasal dari lava lintah yang terdapat dalam air kolam yang diminum budak lelaki itu sewaktu berjalan pulang dari sekolah.

 

“Dia tidak pernah memberitahu kami bahawa dia pernah minum air di kolam itu menyebabkan kami tidak terfikir langsung mengenai lintah itu,” katanya.

 

Sementara itu, jurucakap hospital memberitahu, lintah tersebut berada dalam ruang penafasan Xiabo Chien dan setiap kali ia bergulung menyebabkan laluan udaranya tersekat.

 

“Nasib baik ia tidak menyebabkan apa-apa jangkitan dan kami dapat mengeluarkan (lintah) tanpa sebarang komplikasi,” katanya. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.