Ancaman Bom Di Mahkamah Shah Alam

SHAH ALAM – Orang ramai yang berurusan di Kompleks Mahkamah Shah Alam cemas pagi ini apabila diarah mengosongkan bangunan sejurus satu panggilan ancaman bom diterima.

 

Laporan yang dipetik dari Sinar Online menyebut arahan tersebut dikeluarkan selepas kakitangan mahkamah menerima panggilan dari seorang individu tidak dikenali pada jam 11.30 pagi ini.

 

Pegawai polis dan unit pemusnah bom kini sedang melakukan pemeriksaan rapi sebagai langkah berjaga-jaga.

 

Pada November 2012 dan Januari 2013 mahkamah yang sama pernah menerima panggilan palsu ancaman bom menyebabkan urusan dan prosiding mahkamah terganggu beberapa jam. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.