17,000 Mayat Mangsa Kekejaman IS Ditemui Dalam 12 Kubur Besar

PASUKAN Forensik Iraq menitiskan air mata apabila menceritakan pengalaman mereka menggali 12 kubur yang menjadi tempat persemadian seramai 17,000 tenteranya yang dibunuh kejam oleh kumpulan militan Negara Islam (IS).

 

Pasukan itu menggali kubur-kubur berusia lingkungan 10 hingga 12 bulan selepas anggota tentera terbabit dibunuh IS di Tikrit.

 

Dalam pembunuhan kejam itu, rata-rata tentera Iraq telah disembelih dan terdapat juga yang ditembak di kepala sebelum ditanam di dalam lubang besar.

 

Turut ditemui dalam penggalian kubur itu ialah kad pengenalan tentera, barangan yang dibawa mangsa serta mayat yang masih diikat tangan.

 

Seorang pegawai forensik, Khalid al-Atbi berkata,” pasukan itu telah menemui kubur-kubur yang membuatkan hati mereka sayu untuk meneruskan kerja.”

 

Jelasnya, ketika mula menggali kubur pertama mereka telah menemui lebih 20 mayat anggota tentera muda.

 

“Terdapat dikalangan kami yang menemui mayat saudara mereka yang dapat dikenalpasti melalui kad pengenalan tentera.

 

“Ia pengalaman yang cukup menyedihkan apabila menemui rangka saudara sendiri,” tambahnya. – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.