Wanita Berbogel Di Taman Universiti Gemparkan Penduduk

PETALING JAYA — Seorang wanita bogel yang menggemparkan penduduk di sebuah taman perumahan di sini Jumaat lalu dipercayai mengalami masalah mental, kata ketua polis Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din.

Beliau berkata, polis mendapat maklumat lisan berhubung perkara itu, lapor Metro.

“Pihak polis mendapat maklumat secara lisan wanita yang dikenali dengan nama Fun Hau disyaki mempunyai masalah mental,” katanya.

BH pula melaporkan orang awam melihat wanita Vietnam itu, yang didakwa bersenam tanpa pakaian, bercakap seorang diri sambil berjalan di Jalan SS 3/33, Taman Universiti.

Selepas ditahan polis, wanita berusia 30 tahun itu yang tiada dokumen pengenalan diri dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini untuk pemeriksaan kesihatan.

Sebelum itu, mStar Online melaporkan klip video wanita itu selama 45 saat tersebar di WhatsApp.

Menurut beberapa saksi, wanita itu kelihatan tidak keruan dan bercakap dalam bahawa Mandarin.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.