Keputusan Status Aktiviti Perdagangan Malaysia-Korea Utara Jumaat Ini

CYBERJAYA – Status hubungan perdagangan antara Malaysia dan Korea Utara akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan, berkata perbincangan itu dilakukan berikutan ketegangan hubungan kedua-dua negara.

“Setakat ini, keputusan terdahulu untuk tidak membekukan perhubungan dagangan Malaysia dan Korea Utara dikekalkan.

“Berikutan perkembangan terbaru ini saya jangkakan hubungan dagangan Malaysia dan Korea Utara akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet, ” katanya pada sidang media selepas melancarkan Pusat Inovasi T-Systems di sini hari ini.

Korea Utara hari ini menghalang semua rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu, manakala dalam reaksi balas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta kerajaan Korea Utara segera membenarkan rakyat tinggalkan negara berkenaan. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.