Kelibat Akhir Chong Wei, Lin Dan Di Seluruh England

 

BIRMINGHAM – Datuk Lee Chong Wei nampaknya sudah memenangi perlumbaan melawan masa untuk memburu kejuaraan terakhirnya di Seluruh England, minggu ini.

Pemain nombor satu dunia itu mungkin menafikan ucapan ‘selamat tinggal’ pada kejohanan berprestij berkenaan selepas mengalami kecederaan ligamen lutut yang memerlukan masa beberapa minggu untuk pulih.

Nama Chong Wei berada dalam jadual perlawanan pusingan pertama esok dan dia dijangka menyertai gelanggang kejohanan tertua dunia itu buat kali terakhir.

Seandainya benar, ia bermakna Chong Wei – pemenang pingat perak tiga kali di Sukan Olimpik – dan Lin Dan (pemenang emas dua kali Olimpik), mungkin membintangi episod terakhir pertembungan sepanjang zaman antara mereka.

Chong Wei dan Lin Dan berada dalam undian berbeza dan ini bermakna final Ahad ini mungkin mempertemukan mereka buat kali ke-38.

Kedua-duanya pernah menyatakan ‘selamat tinggal’ sebelum Olimpik London 2012 namun selepas bermain di pentas final antara mereka, masing-masing mengubah fikiran dan beberapa kali mengalami masalah kecederaan sehingga Sukan Olimpik Rio 2016.

Ucapan selamat tinggal hampir pasti diucapkan di venue ini – dan mungkin antara satu sama lain.

Lin Dan sering kali mengelak bagi menjawab persoalan gosip persaraan namun Chong Wei menegaskan dirinya tidak akan beraksi lagi di Seluruh England selepas ini.

“Saya sudah bersedia untuknya (persaraan),” katanya. “Dan saya sangat berharap untuk ke sana.”

Motif Lin Dan terus membisu belum dapat dijawab dan ia berkemungkinan disebabkan dirinya masih dalam undian utama sukan berkenaan dan insentif kewangan yang ditawarkan.

Dia mungkin boleh memenangi Seluruh England buat kali ketujuh meskipun menjadi pilihan keenam selepas tewas di tangan Chong Wei di Sukan Olimpik dan tidak bertanding selama enam bulan. – AFP/BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.