Mayat Wanita Ditemui Selepas Sebulan Terperangkap Dalam Lif

SHANDONG – Mayat reput seorang wanita pertengahan umur ditemui selepas sebulan terperangkap dalam lif di sebuah bangunan kediaman di tengah China, kata polis.

 

Polis daerah Gaoling di bandar Xi’an menemui mayat itu pada 1 Mac, selepas cuti tahun baru China.

 

Lif berkenaan ditutup oleh pekerja penyelenggaraan pada 30 Januari apabila ia tersekat di antara dua tingkat. Sohu News

 

Sohu News melaporkan, “keadaannya sangat tidak berperikemanusiaan.”

 

Kami rasa dia mati kebuluran di situ,” kata seorang penduduk tempatan. Kata seorang lagi penduduk, tangannya seolah cacat dan ada calar di dinding.

 

Polis yang mengklasifikasikan kejadian sebagai pembunuhan tidak sengaja, menahan dan mendakwa syarikat penyelenggaraan lif dan pengurusan bangunan atas tuduhan pengabaian.

 

Petugas yang memotong bekalan elektrik ke lif itu mendakwa ia dilakukan selepas mereka menjerit untuk memastikan jika ada sesiapa berada di dalam.

 

Menurut pihak berkuasa tempatan, mayat itu lambat dijumpai kerana kebanyakan penduduk sedang bercuti dan bakinya menggunakan lif lain di kompleks itu. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!