Baju Nampak Coli, Adik Neelofa Kembali Dikecam Peminat

KUALA LUMPUR – Selepas isu sekolah kerajaan, adik kepada pelakon dan pengacara Neelofa, Ameera sekali lagi menjadi perhatian selepas memuat naik fotonya memakai baju jarang.

 

Menerusi ruangan komen pada dua foto yang dimuat naik menerusi akaun Instagram(IG)nya pada Ahad, menunjukkan banyak komen negatif yang diterima olehnya.

 

Rata-ratanya tidak berpuas hati dengan tindakan Ameera yang mendedahkan foto tersebut kerana tidak bersesuaian dengan imejnya sebagai wanita bertudung.

 

“Apa guna bertudung kalau terang2 bagi nmpak dada tu?” ujar Ikmalanuar.

 

“Aku heran la , heran tuan yg uplod pic nii .. Dia pun taw , dia pun nampak gmbar ni cmnaa ..apa yg bole cetuskan org akn berkata , tp ttap upload jgak ? Heran kan .. Ermmm then ,kita pun bising ad tego cm ustaz la apa laa , tuan punyaa ig , awk adek artisss , lawa letopp , dh nmpk kn bju tu jarang , save kt memori jalaa ..tayah upload , byk g pic yg ok n lawaa bole buh ..kn kn kn,” tulis Norwafaarena.

 

“Ermm cantiknye coli awak..bunga apa tu awak ? Ermm..sy harap leh tgok putu piring dalam tu,” perli Khairudinrahman93 puola.

 

Disebabkan itu juga, ramai yang melabelkan Ameera sebagai ‘attention seeker’ kerana perwatakannya jauh berbeza dengan kakaknya, Neelofa.

 

Tidak kurang juga ada yang menasihati Ameera supaya memadamkan foto tersebut sekiranya tidak mahu terus menerima kritikan.

 

Ameera bagaimanapun tidak memberikan sebarang respon terhadap perkara tersebut. – SuaraTV

One thought on “Baju Nampak Coli, Adik Neelofa Kembali Dikecam Peminat

  • September 25, 2018 at 6:29 pm
    Permalink

    bangang bodoh mcm unta..baik bogel terus! takde maruah murahan jalanan tu la rasanya..tak malu biul..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.