Yang DiPertuan Agong Gesa Ahli Parlimen Hentikan Politik Sempit

KUALA LUMPUR – Yang diPertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dalam titahnya menggesa agar Ahli-Ahli Parlimen menghentikan politik sempit.

 

Menurut baginda, isu politik sempit ini telah berlarutan sejak sekian lama sehingga meletihkan rakyat dan juga kerajaan.

 

“Beta berharap semua ahli yang berhormat berhentilah berpolitik untuk kepentingan sempit kerana ia telah berlarutan sejak sekian lama di mana ia meletihkan rakyat dan kerajaan,” katanya sewaktu berucap bagi merasmikan pembukaan Parlimen ketiga belas, hari ini.

 

Jelas baginda lagi, Ahli Parlimen juga harus memberikan contoh teladan yang baik buat rakyat dengan mengadakan komunikasi dua hala bersama rakyat.

 

“Berikanlah contoh teladan yang baik kepada rakyat dengan saling bergandingan dalam melahirkan buah fikiran yang bermanfaat demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara yang berterusan,” ujarnya.

 

Bukan itu sahaja, dalam titahnya juga baginda turut menyeru agar Ahli Parlimen yang dilantik oleh rakyat sentiasa menumpahkan taat setia kepada negara tanpa berbelah bahagi.

 

“Beta menyeru ahli-ahli yang berhormat dan rakyat keseluruhannya supaya bersatu serta sayagilah negara ini dengan sentiasa menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi, mempertahan dan melindunginya,” tegas baginda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.