Video: Slogan Hidup Mahathir, DAP Bergaduh Dengan Ahli PKR #KitaLawan

Kuala Lumpur – Penyokong DAP berang dengan tindakan peserta himpunan haram #KitaLawan yang mahu agar mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengantikan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum PKR.

 

Dalam kejadian di sekitar jalan Tunku Abdul Rahman itu, sekumpulan penyokong PKR mengesa agar pimpinan parti itu menimbangkan cadangan tersebut demi masa hadapan politik Malaysia dan Anwar.

 

Kumpulan tersebut turut menunjukkan kad keahlian PKR bagi membuktikan identiti merek.

 

 

Selain menggunakan rentang, kumpulan tersebut turut melaungkan slongan “Hidup Mahathir, Hidup Anwar” sambil mengesa agar DAP dan Pas, bersepakat di bawah satu wadah perjuangan.

 

Namun tindakan tersebut mendapat bantahan pasukan keselamatan DAP yang memakai logo Unit Tindakan Khas (UTK) itu sehingga mencetuskan suasana tegang apabila kedua-dua kumpulan saling mengeluarkan bahasa kesat.

 

Tidak tahan dengan provokasi yang dilemparkan, UTK DAP itu dilihat mula bertindak kasar dengan menolak peserta PKR yang menyokong cadangan tersebut.

 

Kekecohan iu kemudiannya dileraikan oleh para peserta himpunan yang menyaksikan insiden tersebut.

 

Ketika ditanya, salah seorang ahli PKR bernama Jaz berkata, mereka mahu PKR bekerjasama dengan Mahathir kerana hanya Mahathir boleh membebaskan Anwar.

 

“Kamu rasa Mahathir tu anak kecil ke? Dia boleh buat perkara besar, sekarang PKR tiada lagi orang yang berani selepas Anwar masuk penjara. Azmin pun senyap saja.

 

“Maka, Mahathir ialah harapan kita!” ujarnya.

 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, PKR mungkin sudah terdesak untuk mencari orang yang boleh memberi nasihat kepada mereka, sehingga mereka menawarkan kedudukan itu, kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

Bagaimanapun Muhyiddin percaya Tun Dr Mahathir terlalu sebati ‘darah Umnonya’, iaitu parti yang dipimpinnya begitu lama, untuk menerima jawatan berkenaan jika ditawarkan.

 

Hidup Mahathir

2 thoughts on “Video: Slogan Hidup Mahathir, DAP Bergaduh Dengan Ahli PKR #KitaLawan

  • March 10, 2015 at 2:16 pm
    Permalink

    “Demi anwar, bergabunglah”

    Ohhh…demi anwar rupanya.

    Jadi, rakyat2 di luar sana jangan la percaya sangat yg PKR ni wujud sebab nak bela rakyat.

    (Bukan aku yang cakap, macai pkr yang cakap)

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.