‘Unfriended’ Bakal Ditayangkan Bulan Depan

Kuala Lumpur – Dalam zaman serba canggih hari ini, menekan status ‘unfriend’ sudah menjadi perkara biasa, lebih-lebih lagi bagi menjauhkan diri daripada rakan atau kenalan yang sering menyebabkan laman Facebook anda kacau-bilau.

 

Jika kamu memilih untuk ‘unfriend’ seseorang, ini bermakna anda juga akan dikeluarkan daripada senarai rakan tersebut.

 

Bagaimanapun, mungkin anda akan berasa pelik, jika mereka yang telah dikeluarkan daripada senarai laman sosial anda, masih mengganggu anda.

 

Itulah serba sedikit ulasan yang dibuat, berdasarkan filem seram ‘Unfriended’ arahan Levan Gabriadze.

 

Filem ini telahpun ditayangkan di Festival Fantasia, pada 20 Julai 2014 dan dikatakan bakal menemui peminat genre tersebut, pada 17 April ini.

 

Dibintangi Miss Teen USA Louisiana 2004, Shelley Hennig sebagai salah seorang rakan-rakan yang mendapati diri mereka diganasi orang tidak dikenali dalam talian.

 

‘Unfriended’ mengisahkan seorang pelajar sekolah tinggi popular, Laura Barns (dilakonkan Heather Sossaman) yang membunuh diri, kerana tidak tahan dengan cemuhan dilemparkan kepadanya, selepas klip videonya dalam keadaan memalukan, dimuat naik ke Internet dan turut dikongsi di laman sosial.

 

Selepas setahun meninggal, enam rakan sekelasnya mengambil keputusan untuk berhubung satu sama lain melalui Skype, tetapi tiba-tiba menerima panggilan daripada pihak yang tidak diundang, menggunakan Skype milik Laura.

 

Pemanggil yang tidak dikenali itu turut mengancam keenam-enam rakan Laura dan menyatakan jika mereka log keluar atau berhenti bercakap, orang tersebut akan mati.

 

Sehingga 6 Mac, trailer filem tersebut telahpun ditonton 9,897,230 kali dan menerima sejumlah 81,115 ‘Like’ serta turut dikongsi sebanyak 356,389 kali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.