‘Terima Kasih Doakan Untuk Saya’ – Zakia Alip

SANDAKAN: “Saya berterima kasih dan bersyukur kepada Allah SWT atas berkat dan doa semua terutama kerajaan Malaysia, Perdana Menteri, Ketua Menteri Sabah dan Polis Diraja Malaysia.”

Demikian luah Lans Koperal Zakiah Aleip, anggota polis marin yang diculik pada 12 Julai tahun oleh kumpulan lelaki bersenjata di Pulau Mabul, Semporna.

Beliau yang dibawa dari kepulauan di selatan Filipina oleh sepasukan anggota polis sejurus dibebaskan, berkata demikian ketika ditemui di kediaman Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman di Sri Libaran di sini, pagi tadi.

Difahamkan, Zakiah kemudian terus dibawa ke Lapangan Terbang Sandakan untuk mengambil penerbangan ke Kota Kinabalu, seterusnya pulang ke rumah keluarganya di Kota Belud. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.