Terbuka Malaysia: Wozniacki Temu Su-Wei Pada Separuh Akhir

Kuala Lumpur – Pilihan utama, Caroline Wozniacki berada di landasan terbaik untuk merangkul Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia 2015 selepas dengan mudah melangkah ke saingan separuh akhir.

 

Pemain ranking kelima dunia dari Denmark itu menepati ramalan apabila menyingkirkan pemain muda Jerman, Carina Witthoeft, 6-3 dan 6-1 pada perlawanan suku akhir di Kelab Golf Diraja Selangor (RSGC) di sini, hari ini.

 

Pada pertemuan separuh akhir, Wozniacki akan berdepan dengan bekas juara 2012, Hsieh Su-Wei dari Taiwan.

 

Hsieh pula menyekat kemaraan pemain Rusia, Elizaveta Kulichkova 7-6(4), 4-6 dan 6-0 untuk melangkah ke peringkat separuh akhir.

 

 

KEPUTUSAN:

 

PERSEORANGAN WANITA (SUKU AKHIR):

Alexandra Dulgheru (ROU) mn Julia Goerges (JER) 7-6(5), 7-5

Jarmila Gajdosova (AUS) mn Kurumi Nara (JPN) 6-4, 3-6, 6-4

Caroline Wozniacki (DEN) mn Carina Witthoeft (JER) 6-3, 6-1

Hsieh Su-Wei (TPE) mn Elizaveta Kulichkova (RUS) 7-6(4), 4-6, 6-0

 

BEREGU WANITA (SEPARUH AKHIR):

Liang Chen (CHN)/Yafan Wang (CHN) mn Chang Kai-Chen (TPE)/Zheng Saisai (CHN)

7-6(2), 6-1.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.