Sampah Bertaburan Selepas Himpunan

KUALA LUMPUR – Persimpangan Jalan Dang Wangi dicemari sampah-sarap yang bertaburan di atas jalan raya dipercayai adalah risalah yang dibawa peserta pada perhimpunan tanpa kebenaran #kitalawan di pekarangan pusat beli-belah Sogo, di sini, hari ini.

 

Tinjauan Sinar Online mendapati risalah berbentuk kertas putih bersaiz A4 itu dipercayai dibuang di merata tempat dan ia agak ketara selepas peserta mula beredar meninggalkan lokasi utama perhimpunan itu.

 

Cuaca hujan seawal jam 3.50 petang tadi memburukkan keadaan apabila sampah sarap yang ditinggalkan peserta semakin mengotori ibu negara. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.