Sambutan Hambar, PKR Khuatir Himpunan #KitaLawan Gagal

Kuala Lumpur – Parti Keadilan Rakyat (PKR) di laporkan khuatir dengan sambutan hambar yang diberikan terhadap himpunan #KitaLawan yang akan diadakan petang ini.

 

Menurut sumber dari sekretariat #KitaLawan yang dihubungi SuaraTV sebentar tadi, setakat ini hanya 500 orang peserta sahaja yang telah mengesahkan kehadiran untuk himpunan #kitalawan yang akan diadakan Sabtu ini, 8 Mac 2015 di depan Sogo,antara pukul 12 hingga 6 petang.

 

Menurutnya pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) turut diarahkan agar memastikan jentera dan penyokong parti itu khususnya golongan muda untuk hadir dalam perhimpunan yang akan diadakan itu sebagai tanda sokongan terhadap Ketua UMUM PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

“Saya dimaklumkan, arahan telah dikeluarkan untuk memastikan semua jentera khususnya golongan muda untuk hadir esok.

 

“Mereka juga diwajibkan untuk menghebahkan perkara itu di media-media sosial agar ia tersebar” katanya lagi.

 

PKR sebelum ini mensasarkan kehadiran peserta seramai 100 ribu rakyat yang diharapkan pimpinan.

 

Kegusaran tersebut ekoran sambutan hambar yang diberikan dalam himpunan dan program-program yang diadakan sebelum ini.

 

Naib Presiden PKR, Chua Tian Chiang atau lebih dikenali sebagai Tian Chua dalm satu kenyataan semalam berkata himpunan nyalaan lilin yang diadakan di luar penjara Sungai Buloh sebelum ini akan dihentikan.

 

Menurut Tian Chua keputusan itu berdasarkan amanat daripada ketua pembangkang itu agar gerakan tersebut melebarkan lagi solidaritinya.

 

Sementara itu ceramah perdana yang diadakan di perkarangan Dewan Bola Tampar di seksyen 19, Shah Alam semalam turut hambar dan gagal mendapat sambutan seperti yang diharapkan.

 

Ceramah yang bermula pada pukul 9.30 malam itu hanya mampu menarik sekitar 150 orang.

 

 

 

Beberapa blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.