Protes #KitaLawan Gagal, Anwar Bersedih Di Penjara

Kuala Lumpur – Perhimpunan haram #kitalawan yang diadakan di ibu kota petang tadi dilaporkan gagal mencapai sasaran kehadiran penyokong-penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) seramai 10,000 seperti mana yang dicanang pihak media pembangkang.

 

Ia sekali gus menampakkan juga kegagalan matlamat para penyokong pembangkang yang mahukan pihak kerajaan tunduk kepada kehendak mereka untuk membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara Sungai Buluh.

 

Penyokong-penyokong perhimpunan tersebut tidak berada di lokasi perhimpunan dalam jangka masa yang lama dan beredar dengan cepat apabila hujan mula turun.

 

Perhimpunan itu memperlihatkan perjuangan mereka hanya sia-sia dan membuang masa.

 

Ini kerana, himpunan untuk mendesak kerajaan agar membebaskan ketua mereka tidak mampu mengubah sebarang keputusan kerana Mahkamah Persekutuan telah pun memutuskan Anwar tetap bersalah dalam kes liwatnya pada 10 Februari lalu.

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.