Video: Polis Buru 3 Individu Hina Agong Depan Sogo

Kuala Lumpur – Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan sedang memburu tiga individiu yang di dakwa menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

 

Dalam kejadian di hadapan kompleks membeli-belah Sogo sebentar tadi, tiga individu yang dipercayai peserta himpunan haram #kitalawan itu dilihat melemparkan kata-kata kesat bagi tujuan menghina kedudukan Yang di-Pertuan Agong.

 

Sumber Polis ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi berkata pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya selari dengan peruntukan yang dibenarkan.

 

 

Tinjauan SuaraTV mendapati, beberapa orang peserta himpunan turut dilihat membawa gambar Yang di-Pertuan Agong sebagai satu usaha untuk mengheret pemerintah tertinggi negara itu ke kancah politik.

 

Pihak polis pada 27 Februari lalu memberi amaran akan menangkap peserta perhimpunan haram #KitaLawan di perkarangan Kompleks Membeli Belah Sogo.

 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah menegaskan, perhimpunan yang dianjurkan itu tidak mengikut lunas undang-undang Februari lalu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar dan mengekalkan sabitan serta hukuman penjara lima tahun, bagi kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 26 Jun 2008.

 

Menurut Zainol pihaknya tidak menerima sebarang permohonan mengikut lunas undang-undang untuk menganjurkan perhimpunan itu.dalam satu kenyataan sebelum ini memberi amaran akan menangkap peserta perhimpunan haram itu yang akan diadakan pada Sabtu ini di perkarangan Kompleks Membeli Belah Sogo.

 

Sementara itu Batu Road Retailers Association (Barra), yang mewakili para peniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman telah membuat laporan polis bagi membantah perhimpunan haram tersebut.

 

Presiden BARRA, Datuk V.K. Liew berkata, laporan polis dibuat kerana perhimpunan itu akan memberi kesan kepada peniaga akibat penutupan jalan dan kesesakan lalu lintas.

 

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.