Video: Leka Menjerit, Gigi Peserta Himpunan Haram #KitaLawan ‘Tercabut’

Kuala Lumpur – Kerana begitu obses dan ‘teruja’ untuk menyertai perhimpunan haram #kitalawan di ibu kota hari ini, seorang warga tua dilihat giginya hampir terkeluar dari mulut dek kerana begitu ghairah menjerit.

 

Perkara itu agak melucukan kerana beliau sendiri tidak menyedari kelonggaran giginya ketika berlangsungnya himpunan di hadapan Sogo.

 

Himpunan #kitalawan ini diadakan berikutan tanda protes pengikut-pengikut Datuk Seri Anwar Ibrahim yang enggan menerima keputusan Mahkamah Persekutuan yang mendapati Ketua Pembangkang itu bersalah dalam kes Liwat II.

 

 

Tindakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang berdegil untuk terus menganjurkan himpunan Kami Lawan di ibu negara  walaupun petisyen pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, me­rupakan perbuatan derhaka dan tidak layak diberi pengampunan.

 

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, himpunan itu bertentangan dengan proses permohonan yang dibuat keluarga Anwar apatah lagi anaknya iaitu Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah akan turut serta dan mahu membaca perutusan Ketua Pembangkang itu.

 

“Ketua Pembangkang sudah tidak ada dan (berada) dalam penjara. Tindak tanduk seperti ini tidak layak diberikan pengampunan. Dia hanya mohon (pengampunan) kerana peraturan itu dalam negara kita, Sepatutnya hendak pengampunan kena halang orang-orang dia (penyokong PKR) berhenti berdemonstrasi atau buat desakan.

 

“Dia nak yang mana satu? Berdemonstrasi atau nak pengampunan dan terus heret rakyat ke jalanan? Apa yang dia lakukan bercanggah dengan apa yang dimohon,” katanya sebelum ini

 

Razali berkata demikian bagi mengulas tindakan pihak terbabit yang mengadakan himpunan haram di hadapan kompleks beli-belah Sogo itu.
Petisyen pengampunan Anwar dihantar bulan lalu oleh isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail selepas didapati bersalah meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

 

Menurut Razali, perbuatan AMK itu seakan memperlekeh dan tidak percaya terhadap proses petisyen pengampunan itu selain cubaan mengheret institusi diraja ke dalam kancah permainan politik pembangkang dalam tindakan yang disifatkan sebagai terdesak kerana tidak mempunyai pilihan.

 

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri percaya, himpunan itu bertujuan menyembunyikan konflik dalaman parti dan pakatan pembangkang yang semakin serius dan tidak dapat ditangani kebelakangan ini.

 

“Sebab itulah mereka banyak memainkan isu itu dan ini, memanipulasi undang-undang dan juga mengadakan perhimpunan secara haram. Ini juga dilakukan kerana hendak menutup isu ketidaksefahaman di kalangan mereka,” katanya.

 

Bagaimanapun, Razali yakin polis akan dapat mengawal selain mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menganjur atau menyertai perhimpunan haram itu kerana perbuatan itu jelas sia-sia dan menyusahkan rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.