Peserta #kitalawan Beredar Awal Kerana Hujan

KUALA LUMPUR – Pimpinan PR yang menyertai Himpunan Solidariti Anwar yang berakhir di pusat beli-belah Sogo hari ini kelihatan tergesa-gesa menghabiskan ucapan masing-masing gara-gara hujan yang turun kira-kira jam 4.25 petang tadi.

 

Ekoran hujan yang turun semakin lebat, Ketua Koordinasi Jingga 13, Fariz Musa yang berdiri di atas sebuah kenderaan pacuan empat roda meminta peserta beredar meninggalkan pekarangan pusat beli-belah Sogo dan bergerak menuju KLCC.

 

Antara pimpinan yang sempat memberi ucapan pendek iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Hatta Mohd Ramli; Naib Presiden PKR, Tian Chua; bekas pengerusi Bersih 2.0, Datuk S.Ambiga dan Ketua Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.