Pemimpin Pembangkang Tajik Kuvatov Ditembak Mati Di Turki

Istanbul – Seorang pemimpin pembangkang Tajik telah ditembak mati oleh penyerang yang tidak diketahui di bandar Turki di Istanbul, menurut sumber-sumber pembangkang Tajik, lapor BBC.

 

Umarali Kuvatov tinggal di Turki dan telah ditembak di kepala lewat pada hari Khamis.

 

Pergerakan Kumpulan 24 Kuvatov yang menentang kerajaan Presiden Emomali Rakhmon, telah diharamkan pada bulan Oktober.

 

Tajikistan menuduh Kuvatov atas pelbagai tuduhan jenayah dan meminta dia untuk diekstradisi, tetapi Turki enggan berbuat demikian.

 

Pihak berkuasa Turki menangkapnya pada bulan Disember atas dakwaan penipuan visa tetapi dia dibebaskan tidak lama selepas itu, lapor media Turki.

 

Pembunuhannya berlaku dua hari selepas mahkamah Tajik menjatuhkan hukuman penjara hingga 17 tahun kepada ahli Kumpulan 24 kerana cuba merampas kuasa dan menghina presiden.

 

 

‘Sengaja diracun’

 

Seorang wakil pembangkang Tajik beritahu BBC bahawa Kuvatov meninggal dunia selepas makan di luar bersama isteri dan dua orang anak muda mereka.

 

Selepas makan dia tiba-tiba jatuh sakit dan pergi keluar untuk berjalan, di mana tidak lama selepas itu dia telah ditembak, menurut seorang wakil.

 

Isterinya berjaya memberitahu saudara-mara tentang pembunuhan itu, tetapi dia dan dua anaknya tidak sedarkan diri kerana mereka makan makanan beracun itu, menurut wakil itu.

 

Media Turki memetik kata-kata agensi penguatkuasaan undang-undang bahawa isteri dan anak-anak Kuvatov ini mempunyai tanda-tanda keracunan makanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.