Najib Serah Kunci Kepada Pemilik Projek Pertama PR1MA

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan kunci kepada sebahagian daripada 560 pemilik projek pertama Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Presint 11 di sini.

 

Perdana Menteri berkata, projek tersebut yang telah siap dibina dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti dewan serbaguna, surau, taman permainan, tadika dan tapak perniagaan.

 

“Projek ini terbahagi kepada dua jenis unit kediaman iaitu unit berkeluasan 815 kaki persegi yang dijual pada harga RM120,000 dan unit berkeluasan 1,000 kaki persegi pada harga RM150,000.

 

“Projek ini menggunakan konsep sistem undian yang diaudit oleh juruaudit daripada KPMG, jadi tiada apa-apa yang boleh dipersoalkan mengenai proses integriti dan cabutan,” katanya ketika berucap dalam majlis penyerahan kunci PR1MA Presint 11 di sini.

 

Perdana Menteri berkata, harga sebuah unit rumah tersebut 30 peratus lebih murah daripada harga pasaran dan berkualiti tinggi. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.