Masalah Teknikal, Pesawat British BA49 Patah Balik

London – Pesawat British BA49 ke Seattle kembali ke lapangan terbang Heathrow di London pada hari Jumaat selepas alami masalah teknikal di pertengahan udara menurut jurucakap syarikat penerbangan itu, lapor Reuters.

 

“Ia kembali ke Heathrow akibat masalah teknikal. Ia adalah satu langkah berjaga-jaga,” katanya.

 

Beliau berkata masalah yang dikesan pada pesawat Boeing 777, yang mendarat dengan selamat dipercayai bukan yang serius.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.