Pengguna Media Sosial Kecam Malaysiakini, Dakwa ‘Lori Babi’ Sebagai Kenderaan FRU

Kuala Lumpur – Gara-gara memuat naik gambar sebuah lori yang di dikatakan sebagai lori pasukan simpanan persektuaun (FRU) portal Malaysiakini dikecam oleh para pengguna media sosial Facebook sebentar tadi.

 

Menyedari akan kesilapan yang dilakukan, portal pro-pembangkang itu dilihat segera memadamkan ‘posting’ tersebut.

 

Menurut seorang pengguna Facebook, Dr Aznil Hisham yang dihubungi SuaraTV sebentar tadi, tindakan tersebut jelas memalukan kerana cuba mengelirukan masyarakat dan pembacanya.

 

“Memalukan, apabila portal yang mendakwa kononnya bebas ini cuba mengelirukan pembaca,

 

“Apakah ini nilai berita dan dari laman web berita yang mendakwa sebagai portal no 1 di Malaysia? ujarnya kepada SuaraTV sebentar tadi.

 

Malaysiakini, sebelum ini melaporkan, kononnya portal tersebut bebas dan berjaya menebus kedudukannya sebagai lamanweb berita no satu di Malaysia kerana paling banyak diakses oleh pembaca.

 

Tinjauan SuaraTV juga mendapati rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan portal tersebut.

 

Isfahan Daniellee Anep: Itu bukan truck..itu basikal roda 3..bodoh punya MK..

 

Noor Latifa Ismail: Diaorg sarcarsm tu.. Samakan lori fru dgn lori angkut babi. Pdhal tk sedar mmg pun nk angkut babi2 dan beruk2 kt sana. Lori tu mmg selayaknya utk diaorg…

 

Darisah Nasri: nak buat macam mana??.. syarat jadi macai pr wajib bod*h kan??…so wartawan PR mesti Bod*h, media PR mesti bod*h, peguam PR mesti bod*h, menantu org2 PR mesti bod*h..yg level tingi sikit memang mesri wajib kaki difitnah tahap PHD Dewa DEWA..hihi..kalau diorg semua pindah g zimbawe kan bagus..

 

Muhammad Farid Said: Admin malaysiakini pown mcm babi.. macai aljuburi mmg cmtu

 

Pihak polis pada 27 Februari lalu, berkata, pihaknya tidak menerima sebarang permohonan mengikut lunas undang-undang untuk menganjurkan perhimpunan itu.dalam satu kenyataan sebelum ini memberi amaran akan menangkap peserta perhimpunan haram itu yang akan diadakan pada Sabtu ini di perkarangan Kompleks Membeli Belah Sogo.

 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah menegaskan, perhimpunan yang dianjurkan itu tidak mengikut lunas undang-undang.

 

Pada 15 Februari lalu, pada satu sidang media himpunan #KitaLawan, Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, gerakan itu mengemukakan empat tuntutan termasuk agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan dengan segera kerana didakwa terlibat dalam konspirasi politik perbicaraan kes Anwar.

 

Selain itu, mereka juga sedia menggembleng semangat dan anak muda Malaysia terus berjuang sehingga kerajaan Umno-BN tumbang, serta menuntut reformasi sistem kehakiman negara bagi menjamin kebebasan dan kewibawaan institusi kehakiman.

 

Manakala resolusi keempat mereka ialah menggesa semua pemimpin Pakatan Rakyat yang berjawatan dan yang mendapat mandat pada pilihan raya umum ke-13 lalu agar turut menyertai Himpunan Rakyat yang dijadualkan bulan depan.

 

Pada 10 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar dan mengekalkan sabitan serta hukuman penjara lima tahun, bagi kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 26 Jun 2008.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.