LIVEUPDATE: Himpunan #KitaLawan

Kuala Lumpur – Perhimpunan haram #kitalawan anjuran penyokong-penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan hari ini di perkarangan pusat beli-belah Sogo, di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR).

 

Tindakan para penyokong yang ingkar arahan pihak berkuasa untuk tetap mengadakan perhimpunan adalah bagi menunjukkan rasa protes dan tidak puas hati berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Anwar dalam kes Liwat II pada 10 Februari lalu.

 

Pada Rabu, polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan haram di ibu negara Sabtu ini.

 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata perhimpunan itu melanggar undang-undang dan mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan kerana ia bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.

 

Berikut adalah ‘live update’ atau laporan langsung perhimpunan #kitalawan:

 

2.00 Petang:

IMG_2285

 

 

IMG_2286

 

Keadaan di hadapan Sogo

IMG_2290

 

Penyokong himpunan mula berkumpul di Ibu Pejabat PAS

IMG_2293

 

 

IMG_2294

 

Baju yang dipercayai akan diedarkan kepada para peserta himpunan

2.14 Petang:

IMG-20150307-WA0001(1)

Tian Chua tiba di ibu pejabat PAS.

2.40 Petang:

IMG_2315

Penyokong himpunan ambil kesempatan cari duit dengan menjual T-Shirt #kitalawan

IMG_2319

DYMM Agong turut diheret ke perhimpunan haram

IMG_2326

Tiga lelaki bertindak hina DYMM Agong

IMG_2327

Barisan polis yang bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan

IMG_2328

Dianggarkan 150 orang berkumpul di hadapan Central Market (CM)

2.50 Petang:

 

  • Dianggarkan seramai 200 orang berkumpul di hadapan Sogo. Dilaporkan pihak media lebih ramai dari peserta himpunan.

 

  • Dijangka jam 3.20 peserta bergerak dari Central Market ke Sogo.

 

 

3.10 PETANG:

 

Sehingga kini, kawasan sekitar menara Maybank lenggang.

 

Kawasan ini antara lokasi berkumpul yang turut dicanang sebagai tempat dimana Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan ADUN Batu Caves, Amiruddin Shaari.

 

menara

 

3.15 Petang:

 

  • Orang ramai yang kelihatan di hadapan Sogo hanya melihat situasi perhimpunan #kitalawan.

 

  • Kehadiran orang awam lebih kepada menjalankan aktiviti membeli-belah dan bukan menyertai perhimpunan.

 

  • Menteri Besar (MB) Selangor, Azmin Ali dijangka akan ke Central Market (CM).

 

 

3.30 Petang:

 

– Cuaca di sekitar tiga lokasi himpunan #kitalawan, Masjid Jamek, Central Market (CM) dan Sogo kelihatan mendung.

 

 

 

3.40 Petang:

 

– Anak Ketua Pembangkang, Nurul Izzah berada di hentian Stesen LRT Masjid Jamek dan memberikan ucapan kepada para peserta himpunan.

 

 

IMG_2402

 

 

 

3.45 Petang:

 

– Peserta himpunan telah bergerak dari Central Market (CM) dan Ibu Pejabat PAS menuju ke Sogo.

 

 

 

4.20 Petang:

 

– Peserta-peserta himpunan dari tiga lokasi telah tiba di Sogo.

 

 

 

4.30 Petang:

 

 

– Peserta himpunan mahu mengadakan perarakan ke KLCC.

 

 

4.37 Petang:

 

 

 

– Ada peserta telah meninggalkan lokasi himpunan kerana hujan turun.

 

 

4.50 Petang:

 

 

 

– Keselamatan di bangunan KLCC dipertingkatkan selepas peserta himpunan membuat keputusan berarak ke KLCC.

 

IMG_2531

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.