Lans Koperal Zakiah Aleip Dibebaskan

Sandakan – Anggota polis marin, Lans Koperal Zakiah Aleip, 26 yang diculik di Pulau Mabul, Semporna, Sabah pada Julai tahun lalu, dibebaskan hari ini.

 

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengumumkan pembebasan Zakiah yang diculik di Semporna pada 12 Julai 2014.

 

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, berkata beliau bagi pihak kerajaan negeri bersyukur dengan kepulangan Zakiah selepas sekian lama menjadi tahanan kumpulan pengganas di selatan Filipina.

 

Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang berusaha sedaya upaya sehingga berjaya membebaskan Lans Koperal Zakiah Aleip yang diculik sejak Julai tahun lalu.

 

“Kita bersyukur dengan usaha berterusan kerajaan menerusi perundingan, berkat doa semua pihak dan kesabaran serta ketabahan ahli keluarga maka usaha membebaskan beliau berhasil.

 

“Kerajaan negeri juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pauskan keselamatan kita yang berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Zakiah,” katanya ketika mengumumkan pembebasan Zakiah di Sri Libaran di sini, pagi tadi.

 

Musa berkata, beliau sudah menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai berita pembebasan itu dan mengucapkan terima kasih atas usaha pasukan keselamatan.

 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turtu mengesahkan perkara itu sebentar tadi.

 

Dalam kejadian pada 12 Julai lalu, Zakiah, yang merupakan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) dilarikan kumpulan penculik dari selatan Filipina manakala rakannya, Koperal Ab. Rajah Jamuan, 32, mati ditembak ketika sedang bertugas di sebuah resort di pulau berkenaan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.